Sunday, November 18, 2012

Latihan (60) Bukit Tangki&Bukit K Naga Lilit

18/11/12

Jarak = 34km (50%offroad)

Route = Tm Bidara - Petronas Kulim Square - Jln Simen - Masjid Sg Seluang - Bukit Tangki - Bukit K - BKE - Jln Lunas - Bukit Kukus - Tm Bidara

Tahap senang susah = 2

Bersama 14 sahabat berkumpul di Petronas Kulim Square seawal 7.30am. Berkenalan dengan beberapa sahabat baru dari Kulim Square spt Hj dan Adi. Yang lain belum tahu nama. Laluan baru bagi saya. Sejuk dan teduh itulah kelebihan kayuh offroad.





mula mendaki bukit tangki di Nagalilit




Bersama Romzi atas bukit tangki











Break sekejap sebelum mendaki Bukit K yg mana laluannya kelihatan bercahaya di hujung sana





2 Sahabat yang baru dikenali, Haji & Ady. Setelah sampai di Bukit K.


Sekian

Saturday, November 17, 2012

Ampun Tuanku, hamba tumpang bangga



Basikal hamba


Tuanku Sultan Pahang menunggang basikal di Jambori Kayuhan Di Raja Kuantan pada 11/11/12, basikal yang sebiji seperti basikal ana. Ana tumpang bangga.

Friday, November 16, 2012

Latihan (59) padang tembak-bkt mahkota-3m-Infinion-bkt judi-kg sera

17/11/12

Route = Kg Pdg Tembak - Ldg Kelapa Sawit - Jln Sg Ular - Tm Mahkota - Bukit 3M - Kg Sera - Tm Bidara

Jarak = 30 km

Bersama 27 pengayuh sekitar Kulim memulakan kayuhan melalui Kg Pdg Tembak tepat jam 8am.


Checkpoint pertama berhenti rehat disambut mercun oleh Man Tomyam



Dentuman mercun kedua....


semua kelihatan happy je...maklumlah group FB - Happy@Ride Kulim


Melepasi Ldg Kelapa Sawit, memasuki jln Sg Ular menuju Tm Mahkota untuk memasuki Bukit 3M



berehat seketika di Tm Mahkota


Trek trek bukit 3M



Downhill kat sini ramai juga yang terjatuh. Ana no2 turun, alhamdulillah selamat


akibat terjatuh semasa downhill tadi menyebabkan RD sahabiah (bersama suaminya) ini terkepak masuk kedalam. Nasib baik sahabat mekanik ada, byk buat pahalalah dia.


Sebelum ini suami sahabiah tadi (baju kuning ) pancat pula tayar belakang.


Sementara menunggu sahabat tayar pancat, yang lain melepak2 sambil berehat





Selepas hilang penat, kayuhan diteruskan dan bertembung pula dengan trektor angkut


terus saja hinggalah menjengah kawasan bukit ini dimana kelihatan sebahagian pemandangan Kulim



menunggu sahabat2 sambil snapshot


setelah melalui kampung Sera, kayuhan hampir kepenghujung


Masa rehat , makan dan minum kemudian bye..bye

Sekian

Thursday, November 15, 2012

Latihan (58) kayuh offroad Pdg Tembak&Tm Mahkota

15/11/12

Route = Melalui Kg Pdg Tembak - Tm Mahkota

Jarak = 30km (95% offroad)

Bersama Yusuf Tahir, Oii Kok Siong & Kenneth Tan






muka kepenatan





Tuesday, November 13, 2012

Latihan (57) Kayuhan jejak kasih

14/11/12

Route = Tm Bidara - Tm Selasih - Tm Kempas - IPD - Pusat Bandar - Kelang Lama - Paya Besar - Tm Desa Makmur3 Lunas - Bukit Kukus - Tm Bidara

Jarak = 25km (anggaran sahaja)

Bercadang keluar berkayuh solo. Kebetulan terserempak dengan sahabat ana Shamsul (pengayuh roadbike) lalu mengajak sama sama berkayuh. Target utama keluarkan penuh dan cari stamina. Disamping tu berhajat mencari rumah sahabat lama di Lunas, Tm Desa Makmur3, Lorong 12/4, no 757 Aziz Said, sahabat zaman persekolahan. Telah 15tahun tidak berjumpa. Tak susah mana cari rumah Aziz rupanya.




Aziz melihat lihat basikal 


Bersiap sedia untuk pulang


Sekian


Ceritera Fizikal Basikal (2)

sambungan drp Ceritera Fizikal Basikal di blog "nakcubamtb.blogspot.com"

13/11/12

Oleh kerana ruang dalam rumah terhad, maka basikal terpaksa disangkut di dinding. Penyangkut di beli daripada Kedai basikal kecil berhampiran Pejabat Polis Trafik Kulim dengan harga RM35.

Di kedai ini juga di upah untuk balancing Rim dan Spoke untuk tayar depan dan belakang. Kos nya ialah rm12 x 2tayar = rm24.


Basikal setelah di sangkut.

Mencuba untuk menggunakan paddle clip. Beli dengan harga murah sekadar niat mencuba. RM 50. Wellgo. Dibeli di kedai Pian Cerok Tok Kun Bukit Mertajam.


Tetapi untuk penggunaan offroad masih lagi "takut", hanya untuk kegunaan onroad.

______________________________________________________________________

16/11/12



Sultan Pahang menerima hadiah basikal di acara Kayuhan Diraja Kuantan Pahang pada 11/11/12,
sebiji seperti basikal ana yang punya.

Sekian