Monday, May 2, 2011

KEKASIHKU YANG HILANG


Kemanakah engkau pergi, kekasih?

Dimanakah engkau berada saat ini, kekasih? Masihkah engkau mengenang aku, kekasih?

Ataukah segala mimpi-mimpi yang dulu kita rencanakan bersama telah pergi, terbang bersama angin?

Sungguh, sering aku ingin tahu apa yang engkau fikirkan saat ini. Aku ingin menyapa perasaanmu, sayangku.

Mengapa kita harus berpisah? Mengapa engkau tega meninggalkan aku? Mengapa waktu kebersamaan kita demikian ringkas? Mengapa?

Tak sayangkah lagi Dia padamu? Ya, kekasihku, jika kau masih bersama dengan Dia, sungguh aku ingin kau menanyakan pertanyaan yang timbul dari luka hatiku yang terdalam ini.

Aku ingin bertanya padamu, padaNya, ribuan pertanyaan yang aku tahu, takkan bisa terjawab dalam hidupku ini. Sedihnya aku, sayangku. Sedihnya aku.



oh kekasihku.........


selamat tinggal selamanya   :(....


Friday, April 29, 2011

Kembara durian Kulim - Batu Kurau
28 April 2011

Kenderaan – Toyota Unser

Ahli kembara – 5 orang ahli

LALUAN - 9am Kulim - Baling - Ulu Bakai – Kg Sedim - Mahang – Selama Perak- Ijok – Batu Kurau – Selama Kedah – Serdang – Kulim 8pm

Target – Durian sedap. Nota - Sahabat sepejabat Zulfazli kata cuba cari durian ‘Musang King’ BETUI KA AKU SEBUT NIH? Sekilo rm24..mak oi mahe bebeno.

Route perancangan sebenar Kulim – Baling(ambil anak si Syakir di SMAB) -Grik – Lenggong - Sumpitan – Selama Perak. Tapi buka GPS route LALUAN spt diatas lebih dekat.

Pencarian bermula -Sepanjang jalan dari Baling – Selama – Ijok tiada lansung nampak bayang durian. Singgah smbyg zohor dimasjid Ijok jumpa Naib pemuda Pas kawasan itu namanya Razali kata mmg durian dah habis di Ijok kalau kat Batu 20, Jelai, Air Hitam hingga Batu Kurau baru ada InsyaAllah. Kebayakan durian yang ada sehinggalah ke Batu Kurau kebanyakan datang drp Air Hitam. Air Hitam merupakan pusat pengeluaran durian terbaik dikawasan Batu Kurau.

Perjalanan ke pekan kecil Jelai ialah melalui kawasan hutan. Bila dah lama tak merasa suasana laluan kawasan hutan spt ini rasa sungguh nyaman dan damai lebih lebih lagi dendangan kemerduan bunyi unggas rimba. Tiba tiba dari dalam kereta anak bongsu saya ternampak monyet besar katanya. Siabangnya pula ternampak Mawas sebesar budak pulak. Tidak sempat meng ambil gambar sebab memandu agak laju.

Dalam keasyikan itu, alangkan ‘tokojut’ kerana tiba 2 tersempak lori tanah saja saja (banyaklah, maksudnya kata org Kedah). Lorinya pun senget berjalan macam ketam. Aii dalam hutan ini pun korek tanah? Tanah curi ke? Wallahua’lam.

Perjalanan sehingga keBatu 20 Jelai baru jumpa longgokan durian. Berhenti dan bertanya seorang ‘pakcik’. Disangka penjual melayu rupanya seorang Cina yang dah ‘convert jadi Melayu’gamaknya he..he..sebab hidup dalam komuniti perkampungan melayu dan bekerja dengan taukeh Melayu. Tanya dia berkenaan durian, dia balas balik kena tanya Pak Abu sambil terus menyapu lantai gerai durian itu tanpa sikitpun memandang saya. Tidak lama kemudian, datanglah pak Abu. Bersembang dengannya, kemudian katanya dia jual durian ikut rangkap, tak kira biji atau kilo. Satu rangkap paling minima 3 biji RM7 sehinggalah satu rangkap sebanyak 50 – 60 biji mencecah ratusan ringgit. Durian dipilih dan Pak abu kopekkan 2 biji durian lalu kami makan di situ tapi rasanya kurang enak lantas tidak jadi membeli banyak. Selepas makan bila hendak membayar Pak Abu tak mau terima wang yang saya hulurkan. Itu lah resamnya orang kampong sungguh baik hati dan tulus ikhlas walaupun sedang berniaga. Saya terfikir dalam hati situasi inilah setengah2 golongan yang suka mengambil kesempatan daripada keikhlasan orang2 melayu yang baik hati untuk apa jua urusan. Sebelum berangkat meneruskan pencarian terasa tidak tergamak untuk makan free saya bayar juga walaupun dia menolak. Tak gamak nak makan free.

Terus perjalanan. Mulalah nampak longgokan durian ditepi jalan raya satu persatu. Sehinggalah satu gerai durian berhadapan kubur Cina Jelai. Test tanya dan beli satu durian yang besar bila buka isi nampak cukup best , bila rasa hampes , mcm durian kawin yang tak sedap. Kemudian di sbbkan ramai sgt pemborang agak nya sedang membeli saya pun beredar. Target seterusnya nak cari di Air Hitam Jelai. Sebelum sampai disitu singga di satu gerai. Duriannya nampak cantik, tya sekilo rm4. Pilih, beli, makan, isi kira ok lah jugak.


Terus ke target utama di Air Hitam, rupanya di sini tempat perkelahan. Sungainya amat jernih. Terus mendaki jalan berbukit disitu sehingga sampai ke satu kawasan loji proses air. Terdpt selonggok motorsikal dgn raga kosong untuk diisi durian. Uniknya disini durian disini diturunkan menggunakan dawai yang melintasi sungai tadi.























Tidak lama kemudian turun orang membawa guni yang diisi durian (lihat dibahagian belakang)
















lalu isteri saya menghampiri mereka dan mula berbual sambil tawar menawar. Kenal dgn seorang drpnya bernama Anuar. Katanya dia pun ada rumah diKulim di Taman Camar. Baik orgnya sehingga disedekahkan pula seguni durian yang dibawanya tadi. Eh eh eh baik hati lagi orang kampong Batu Kurau ini. Katanya lain kali dtg cari lah dia di situ. Rasa tak cukup belilah lagi seguni durian drp seorang yang lain pula. Bila sampai kekereta utk dimasukan durian, terserempak lagi dgn Anuar , ‘Saya sedekah petai ini’sambil menghulurkan seberkas petai. Eh eh eh ,baik sungguh hati org2 kampung Air hitam.

Dah dapat 2 guni durian baliklah kami , lantas pergi ke pekan Batu Kurau pula. Sembahyang dimasjid Al Kurauwi, masjid cantik , bersih dan kemas pula.

















Perut berkeroncong makan pulak di Yong Koewteow Kerang. Yang sedang menggoreng Pak Teh gelarannya pun baik hati. RM3 sepinggan , berlambak mcm 2 orang boleh makan. Uniknya koewteow Yong ini diletak diatas daun Simpok katanya. Lokasi – depan balai polis Batu Kurau.

















Dalam perjalanan balik hujan pulak. Sampai dihutan damai tadi dekat kawasan lori angkut tanah banjir pula. Ini angkara aktiviti korek tanah hingga banjir bila hujan. Alamak, dahlah dalam hutan, hari semakin gelap, kereta lain hamper tiada, banjir di atas jalan dengan air melintas agak laju.

Diseberang sana sebuah wira tidak berani redah banjir itu. Saya dengan Bismillahitawakaltualallah, redah juga banjir dengan perasaan amat cemas. Alhamdulilah dapat lepas banjir itu sebab unser tin ggi kot.

Terus perjalanan dalam hutan jumpa satu lagi kawasan banjir , alamak ada lagi, kali ni macam tak berani redah pula , tunggu sekejap datang satu van berlampu kecemasan merah diatas bumbung. Tunggu van itu meredah dulu dan berjaya baru saya lega kerana insyaallah Unser pun boleh. Entah datang dari mana 2 org Bangla dalam hutan itu turut meredah banjir. Bila van itu sampai menghampiri kenderaan saya baru perasan tertulis Van Mayat Hospital Setiu Terengganu. Aduhai Ya Allah. Saya bertanya hendak kemana. Hantar mayat ke Taiping kata pemandu van. Selepas itu saya meredah banjir tu lalu tepi 2 bangla itu terpercik air drp laluan kereta saya, mandi lah pula bangla tu. Seorang lagi bangla senyum je. Terus pjlnan ke Selama Perak Kedah Serdang Kulim dengan selamatnya kira kira jam 8 malam.