Tuesday, November 13, 2012

Latihan (56) Kayuhan Kulim Sedim 136 pengayuh

13/11/12

Route = Kulim - Labu Besar - Sedim - Sg Karangan - Kulim

Jarak = 72km

Tahap senang susah = 2.5

Sempena cuti Depavali seramai 136 pengayuh dari Kulim, sekitarnya, Kepala Batas, Taiping dan KL pun ada. .






Berkumpul seawal 7.30 am dihadapan JPJ Kulim


Taklimat

















Ini pemandangan dibelakang ana, dihadapan banyak pengayuh lagi. Tak berani ambil gambar sambil mengayuh banyak banyak sebab baru belajar belajar pakai paddle clip.


Ketua Marshall yang paling sibuk, PW B Sabaruddin (berbasikal)








Sampai di Sedim, sambil2 tu tengok2 motorsikal jenama Demak Combat kepunyaan salah seorang Marshall


Bersantai sambil minum sebelum bacaan Tahlil dan jamuan kenduri


Bersedia untuk bacaan tahlil, Ustaz Yusri Sg Kob sebagai Khalifah




boleh makan, sila cek oi sila......


makan time



Agak teruk juga bila mengayuh pulang sebab perut kenyang nasi kenduri. Hampir jam 2 tghari baru sampai rumah.

Sekian

Sunday, November 11, 2012

Latihan (55) Air Puteh Kg Badlishah kali ke2

10/11/12

Route = Rekreasi Air Putih Junjong - Kg Badlishah - Air Putih

Jarak = 15km

Tahap senang susah = 3

Kayuhan ketempat yang sama dalam masa kurang sebulan. Kali ini bersama group GCT dan HappryRideKulim. Kayuhan kali ini pun agak menyiksakan tetapi lebih relex sebab ini kali ke2 pengalaman berkayuh disini.




















kuat kan semangat


selepas berehat di sg kecil Kg Badlishah, teruskan pendakian, kelihatan ana di atas dekat titik putih tu, gambar di snap oleh Pw B Sabaruddin


ini lah kedudukan ana yang tadi tu



kelihatan seperti ladang kurma, mungkin sebab itu digelar Bukit Aladin gamaknya he..he..


setelah snap gambar dan sahabat menghampiri, ana pun terus perjalanan, tengok titik putih, titik kuning ialah sahabat


tunggu sahabat sahabat yang lain mendaki boleh lah berteduh dulu



selesai mendaki terakhir, basikal Ben terputus rantailah pula, lepas ni downhill sahaja



disebelah bawah selepas downhill, dah tak jauh dah dengan pintu gerbang Sg Air Putih

Sekian


Wednesday, November 7, 2012

Latihan (54) kayuhan malam powerman

7/11/12

Route = Kulim Sg Seluang - Naga Lilit - Pdg serai - Tasek Gelugor - Ara Kuda - Lunas - Kulim

Jarak = 47km

Tahap senag susah = 3

Bersama 13 sahabat kayuh malam. Singgah di Tm Lagenda ke rumah sahabat pengayuh. Dijamu air sirap limau. Sambung kayuhan , merempuh hujan lebat dan berlari. Fuh bulih demam kalau tak bernasib baik.


Sekian

Monday, November 5, 2012

sambungan daripada 'nakcubamtb.blogspot.com'

Setelah penggunaan gambar yang telah mencapai tahap maksima, maka blog ini adalah sambungannya.

Tuesday, March 13, 2012

WAJAH WAJAH KESAYANGANKU



Satu wajah lagi tiada disini, terlukis kukuh di sanubariku.......wajah isteri tercinta.